Wednesday, August 8, 2012

Teladan Baik VS Buruk

Teladan Baik

  • Teladan dan akhlak yang baik lahir daripada buah keimanan yang jitu. Makin sempurna akhlaknya, maka semakin kuat imannya
  • Orang yang berakhlak baik sangat dicintai Allah dan Rasulullah. Allah dan Rasul-Nya sentiasa tersemat di hati.


  • Akhlak baik jadikan teladan. Individu yang tampil dengan akhlak baik akan sentiasa menjadi contoh ikutan orang lain. Pahalanya akan berpanjangan sepanjang kebaikan itu dilakukan.
  • Menunjukkan teladan yang baik itu dikira sebagai ibadah dan menjadi penyebab masuk ke dalam syurga. Ramai yang menganggap ibadah hanyalah ketaatan kepada Allah sahaja, tetapi hubungan dengan manusia juga harus dijaga.

Teladan Buruk

  • Teladan yang buruk dan keji petanda lemah dan rapuhnya iman seseorang. Makin buruk akhlaknya, maka semakin nipis atau tiada langsung iman dalam dirinya.
  • Orang yang mempunyai akhlak yang buruk tiada nilaian di sisi Allah dan Rasul-Nya. Dalam hatinya hanya nafsu syahwat yang menjadi raja.

  • Akhlak buruk jadikan sempadan. Individu yang berperilaku buruk akan dicemuh dan dibenci orang lain. Jika ada yang mengikut, tempias dosanya juga akan terkena kepada mereka yang memulakannya.
  • Mempamerkan teladan yang buruk boleh membawa pada bencana dan menyebabkan hilangnya rahmat Allah. Hal ini menyebabkan individu tersebut tiada hubungan dengan Allah dan tidak menjaga hubungan dengan manusia. Balasan bagi orang yang berakhlak keji ialah neraka.

Adaptasi:- Gen-Q 11


Kolej Tun Mamat, UiTM Bandaraya Melaka
20 Ramadhan 1433H


No comments:

Post a Comment