Thursday, December 23, 2010

Go Malaysia Go!!

"JARINGAN tadi menambahkan lagi keyakinan saya. Jika diturunkan pada final Ahad ini, saya sudah bersedia sepenuhnya untuk menggalas tugas."
Demikian tekad penjaring terbanyak Liga Super 2010, Ashari Samsudin yang meledak gol pertama skuad kebangsaan ketika menewaskan Felda United 2-0 pada perlawanan ujian di padang Wisma FAM, Kelana Jaya malam tadi, lapor WAN FAKHRUL BAKAR.
Jaringan penyerang Terengganu berusia 25 tahun itu terhasil pada minit ke-55 sebelum Safee Sali menjaringkan gol kedua seminit sebelum permainan berakhir.
Ashari mungkin diturunkan dalam kesebelasan utama pada aksi final pertama Piala AFF Suzuki 2010 di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Ahad ini andai Amirulhadi Zainal dan Khyril Muhymeen Zambri belum pulih daripada kecederaan lutut.
MOHAMAD Ali Khair (kanan) dan Mohd Najib Mohd Hanafiah, adalah orang pertama dan kedua yang berjaya membeli tiket perlawanan akhir Piala Suzuki AFF 2010 yang mula dijual seawal jam 9 pagi di Stadium Nasional Bukit Jalil, hari ini. - Foto Osman Adnan
Pada separuh masa pertama, Rajagobal menurunkan gandingan Sharbinee Allawee Ramli, Razman Roslan, Khairul Helmi Johari, Faizal Muhammad, Mahali Jasuli, Faizal Abu Bakar, Sabre Mat Abu, K. Gurusamy, Ashari Samsudin, Amri Yahyah dan Izzaq Faris Ramlan dalam kesebelasan utamanya.
Felda United yang dibimbing E. Elavarasan pula tidak kurang hebatnya dengan menampilkan beberapa bekas pemain kebangsaan seperti Hamsani Ahmad, Kaironisam Sahabuddin, Rashid Mamud, Juzaili Samion, Azi Shahril Azmi, Farderin Kadir, K. Rajan, Liew Kit Kong dan Nizaruddin Yusof.
Kedua-dua pasukan melakukan beberapa percubaan berbahaya tetapi kecekapan Sharbinee dan Hamsani menyebabkan kedudukan kekal 0-0 sehingga separuh masa pertama berakhir.

Pada babak kedua Rajagobal melakukan sedikit perubahan dalam kesebelasan utamanya dengan Khairul Fahmi Che Mat, Mahali, Muslim Ahmad, Fadhli Shas, Asraruddin Putra Omar, S. Kunanlan, Amar Rohidan, Safiq Rahim, Ashari, Norshahrul Idlan Talaha dan Safee.
Akhirnya dua gol berjaya diperoleh skuad kebangsaan menerusi Ashari dan Safee.
Hanya Amirulhadi dan Khyril tidak diturunkan kerana belum cergas sepenuhnya akibat kecederaan lutut.
Perlawanan tersebut dijadikan medan buat Rajagobal untuk mencuba beberapa kombinasi selain mencari pemain sesuai untuk mengisi posisi Amirulhadi dan Khyril.
Skuad bimbingan Rajagobal itu akan berdepan Indonesia pada final pertama Piala AFF Suzuki di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Ahad ini.
Final kedua akan berlangsung di Gelora Bung Karno, Jakarta pada 29 Disember.

1 comment: