Sunday, February 5, 2012

SBPA - Kenaikan Gaji Perlu Adil

Biarpun kerajaan menarik balik cadangan pembayaran kenaikan gaji yang dijadual bermula pada hujung Januari ini bagi kakitangan awam yang menerima opsyen skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam ( SBPA ), namun rata-rata penjawat awam merasakan kajian semula skim itu belum tentu menepati kehendak golongan bawahan yang menerima kenaikan paling sedikit.

Pengerusi Biro Pekerja KEADILAN, Abdullah Sani Abdul Hamid berkata, kerajaan sepatutnya memberikan kenaikan gaji yang lebih adil dan bukan hanya mementingkan peringkat tertinggi seperti Jusa dan Turus.

“SBPA ini sebenarnya satu laluan untuk kroni kerajaan menjadi bertambah kaya, sedangkan peringkat bawahan diabaikan. Turus mendapat kenaikan gaji 50%, manakala Jusa 100%.




“Di sini kita lihat kenaikan yang tidak adil dan memberikan kesan buruk. Namun, sekiranya Pakatan Rakyat ( PR ) memerintah, perkara ini tidak berlaku kerana sekiranya peringkat tertinggi menerima kenaikan 20% maka semua peringkat akan mengalami kenaikan ( peratusan ) yang sama,” katanya yang juga Pengerusi Kaukus Pekerja Parlimen Malaysia.

PR dalam konvensyen baru-baru ini member jaminan akan mengkaji pelaksanaan SBPA dan akan mengumumkan pelan yang lebih baik dalam tempoh dua bulan bagi memastikan kakitangan awam mendapat pembelaan sewajarnya. Janji itu menyebabkan kerajaan BN yang mahu meneruskan skim SBPA kepada penjawat yang menerima opsyen tertekan lalu menarik balik cadangan itu biar pun surat arahan pembayaran gaji telah dikeluarkan.

Di bawah SBPA, kakitangan awam dibahagikan kepada empat bahagian iaitu Kumpulan Premier, Kumpulan Pengurusan dan Profesional, Kumpulan Pelaksana dan Kumpulan Sokongan. Di mana 75% daripada mereka adalah dalam kumpulan Pelaksana dan Sokongan berpendapatan rendah di bawah RM 1500.




Sumber - Akhbar Suara Keadilan


Rembau 
12 RabiulAwal 1433H


No comments:

Post a Comment