Friday, February 18, 2011

Mahkamah Hati

Berani kerana benar. Takut kerana salah. Itulah yang sering kita dengar dalam hidup ini. Janganlah kita mmbiarkan diri kita terus-menerus melakukan kesalahan kerana kelak ia akan menjadikan kita sntiasa merasa bersalah. Rasa bersalah itu cukup menyeksakan. Bersalah dengan manusia sudah meresahkan jiwa, apatah lagi bersalah dengan Allah SWT.

Mengikut pembacaan saya, mahkamah pengadilan itu ada tiga. Pertama ialah mahkamah di dunia; iaitu mempunyai hakim, saksi, peguam yang mereka semua itu manusia seperti kita juga. Akan tetapi, dgn kbijaksanaan dan kecilikan, mhkamah ini dapat juga dperdayakan.

Telah sering kali yang bersalah terlepas, dan yang benar pula yang terhukum. Benarlah kata para hukama, tidak ada keadilan yang muktamad dan mutlak di dunia ini, Jerung sering bolos, bilis sahaja sering digilis.


Kedua, mahkamah di akhirat. Yang mana ketika itu hakimnya ialah Allah SWT. Di sana nanti, benar akan menang, yang salah pasti akan kalah. Anggota menjadi saksi. Dihadiri oleh hadirin yang ramai dari zaman Nabi Adam A.S. Akan terbongkar segalanya sekalipun pandai bersilat kata.

Seperti yg dikatakn tadi, ktika itu tidak ada didatangkan saksi atau barang bukti. Yang ada pada diri kita ini akan 'hidup' untuk menjadi saksi. Secara kita x sedar, rupa-rupanya body yang kita jaga, elus, make-up, belai pada satu masa dhulu, akan mendakwa kita di Mahsyar nanti. Di sanalah nanti akan tertegak keadilan hakiki.


Ketiga ialah mahkamah hati. Saksi, pendakwa dan hakim adalah hati sendiri. Hati kecil yang sentiasa bersuara walupun cuba dipendamkan oleh tuannya. Protesn terhadap perlakuan dosa sentiasa bergema dalam rahsia. Fitrah sucinya akan menjerit. Itulah jeritan batin yang mampu menghantar pemiliknya ke penjara jiwa yg lbih myakitkan jika trus-trusan diabaikan.

Dosa boleh dismbnyikan drpada pgtahuan manusia, ttp tidak boleh dsmbunyikan drpd Allah SWT dan diri sndiri. Ke mana lagi kita ingin mymbunyikan diri kita dpanggil untuk dibicarakan di mahkamah hati kelak? Stiap masa hati kecil akan brsuara yang ianya tidak akan tega dgn kslahan dan tidak rela dengan kmungkaran.

Dosa itu derita kerana dosa itu memberi kesan pada jiwa. Menurut pembacaan saya, skiranya kita berdosa, kita telah melakukan dua "pelanggaran". Pertama, pelanggaran terhadap fitrah hati kita yg tabii. Kdua, planggaran trhadap Allah SWT, zat yg Maha Tinggi.


Ayuh semua sahabat-sahabatku. Jangan dilawan fitrah sendiri yang menyukai kebaikan dan membenci kejahatan. Jangan lah kita risau dgn istilah " LAPIKAN HIPOKRIT " dlam mmbuat kbaikan. Krana kita smua memang mgakui ssuatu kbenaran atau kebaikan itu, ttapi tidak mahu mengambilnya. Dan tntulah krana smua amal itu dinilai oleh Allah SWT. Fitrah ini adalah kurniaan Allah, yg dgannya sseorang boleh mnrima pgajran dan didikan. Jika fitrah sukakan kbaikan itu disubur, dididik dan dipimpin, maka jalan hidup akan harmoni dan bahagia.

Sbaliknya, jika fitrah yg baik itu dibiarkan, diabaikan apatah lagi jika ditentang, maka tidak akan ada lagi kbhagiaan dan ktenangan. Jadi, marilah kita smua menjaa hati kita agar ianya tidak mati!

** Ini sekadar perkongsian melalui buku yang penulis baca. Wallahualam.

1 comment:

  1. subhanaAllah indahnya bahasa,indahnya nasihat..baik untuk mengubati hati nurani yang sedang perlu diubati

    ReplyDelete