Monday, January 16, 2012

Tolak & Tambah

TOLAK = Bangun pagi bermalas-malasan sambil bermonolog : " Alamak.. Kena pergi kuliah le pulak! Hari-hari buat benda yang sama! Hurm!! "


TAMBAH = Celik mata terus berdoa: " Ya Allah, hari ini, lihatkanlah mataku kepada kebesaran-Mu, dengarkanlah telingaku kepada kalimah-Mu, ucapkanlah bibirku kepada memuji-Mu, indahkanlah perangaiku kepada apa yang Engkau perintahkan."

TOLAK = Berkhayal dalam kelas sambil merungut dalam hati: " Bosan la lecturer ni. Ngantuk aku dibuatnya. "




TAMBAH = Berwudhu' sebelum masuk kelas dan berdoa: " A'uzubillah.. Jauhkanlah aku daripada gangguan syaitan yang terkutuk, penipuannya, bisikannya dan godaannya."

TOLAK = Bercerita dan bercakap kepada perkara-perkara yang tidak berfaedah sambil mengutuk: " Buruknya perangai mamat tu! Ikut kelakuan mak ayah dia le tu! "

TAMBAH = Banyakkan diam dan bercakap bila perlu sahaja di samping berdoa: " Ya Allah! Dengan kasih sayang-Mu, perelokkanlah perangaiku dan orang di sampingku agar kami bersyukur dengan apa yang Engkau beri."

Semoga kita semua dapat amalkannya!!


UiTM Bandaraya Melaka
21 Safar 1433H


No comments:

Post a Comment